2009 Royalti minyak Petronas

Pada 15 April 2009, Menteri Besar Datuk Ahmad Said dalam Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu membangkitkan isu royalti minyak Terengganu. Terengganu telah menerima wang royalti minyak sebanyak RM650 juta daripada RM1.4 bilion yang dituntut daripada kerajaan Persekutuan antara November 2008-April 2009. [perlu rujukan]

Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) telah menggunakan RM873 juta wang royalti minyak Terengganu untuk melaksanakan projek perumahan di seluruh negara dan daripada jumlah itu hanya RM102 juta dibelanjakan untuk projek itu di Terengganu. SPNB masih berhutang sebanyak RM771 juta dengan kerajaan negeri Terengganu manakala tuntutan untuk wang royalti yang dijadikan dana khas untuk negeri-negeri lain adalah sebanyak RM717 juta. Terengganu juga menuntut menuntut wang royalti minyak sebanyak RM2.6 bilion yang digunakan oleh kementerian-kementerian lain. Royalti itu akan digunakan untuk pembesaran Lapangan Terbang Sultan Mahmud dan pembinaan Lebuhraya Pantai Timur.[4][5]

Kelantan turut menuntut royalti minyak.